2.0 PETA MINDA

2.1 Apa itu peta minda?

  Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.

2.2 Siapakah pencipta peta minda?

  Pencipta bagi alat berfikir yang paling berkuasa ini ialah Tony Buzan.Beliau mencipta instrumen ini pada 1974.Tony Buzan memperkenalkan ciptaannya iatu 'Peta minda' dalam sebuah rancangan televiyen yang dihoskan olehnya yang bertajuk 'Use Your Head.Beliau mengatakan bahawa beliau mendapat ilham untuk mencipta alat berfikir ini daripada Alfred Habdank Skarbek Korzybski iatu seorang philosopi yang telah menyatakan bahawa kaedah membaca tradisional iatu dengan mengimbas setiap ayat dari kiri ke kanan bukanlah kaedah yang terbaik.Oleh kerana ini Tony Buzan telah berusaha untuk mencipta satu alat berfikir yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini.

2.3 Apakah langkah-langkah bagi menghasilkan sebuah peta minda?

  Panduan ini diberikan oleh Tony Buzan sendiri :

1.Mulakan dengan menulis tajuk pada bahagian tengah peta minda untuk dijadikan pusat peta minda.

2.Gunakan imej,simbol serta warna-warna yang menarik di seluruh peta minda anda.

3.Pilih kata kunci yang sesuai dan tulis menggunakan huruf besar.

4.Garis-garis/Cabang-cabang akan bermula di pusat peta minda.

5.Semakin jauh suatu garis dari pusat,semakin nipis garis itu akan dilukis.

5.Pastikan garis yang dilukis bersesuaian dengan jumlah perkataan yang telah ditulis.

6.Gunakan pelbagai warna dalam peta minda anda bagi ransangan visual.

7.Cipta satu method atau kaedah untuk membuat peta minda kamu yang tersendiri.

8.Isi penting ataupun kata kunci perlu di'bold'kan bagi memberi penekanan kepadanya.

9.Gunakan sistem hiraeki radikal dan susunan garis yang kemas bagi memastikan peta minda anda jelas dan mudah difahami.


2.4 Apakah kelebihan menggunakan peta minda?


1.Membolehkan kita mengunakan otak kiri kan kanan secara unisen..
 
   -kerana peta minda menggabungkan kedua-dua konsep grafik dan tulisan.

2.Meransang kreativiti seseorang individu.

   -semasa penghasilan suatu peta minda seseorang itu perlu bersifat artistik dan kreatif.

3.Dapat menjimatkan masa semasa mengulang-kaji pelajaran.
 
   -Para pelajar mengimbas keseluruhan suatu topik hanya dalam satu peta minda sahaja.

4.Berkesan dalam menarik minat pembaca dan mampu mengelakkan mengantuk.
   -Unsur-unsur grafik dan warna-warna yang menarik mampu menarik fokus pemabaca.


2.5 Apakah kelemahan peta minda?


1.Kata kunci yang digunakan tidak boleh difahami.
 
  -kerana setiap individu mempunyai konsep pemahaman yang berbeza.

2.Mengambil masa yang lama untuk menghasilkan suatu peta minda yang bagus.
 
  -kerana peta minda yang bagus perlu mempunyai unsur grafik dan warna yang menarik

3.Tiada huraian lengkap
 
  -menyebabkan pembaca tidak mengetahui sesuatu maklumat secara menyeluruh.


 2.6 Contoh peta minda


2.7 Bukti penggunaan peta minda diseluruh dunia



ITALI




GERMAN



MALAYSIA



PERANCIS




CHINA




Comments

Popular posts from this blog